CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 11 August 2011

Purdah dan Ana

Assalamualaikum wbt..


Apakah pandangan kalian terhadap wanita muslimah memakai sebegini? Sedap mata memandang atau extreme ? Bagi ana, ana suka memandang mereka yang berpudah. Memang ana belum mengenakan purdah lagi sebagai salah satu pakaian harian ana tapi ana dalam proses ke arah itu. Setahun sudah ana mengkaji tentang purdah. Bagi ana memakai purdah adalah satu pemakaian yang amat baik. Tidak lah perlu dikatakan memakai purdah menunjuk kan kita alim atau ekstrim. Ana memandang purdah bukan sebagai trend untuk dijadikan ikutan.


Purdah dapat mengelakkan ana daripada fitnah. Sekali gus membantu para muslimin untuk menjaga pandangan mereka. Tidakkah pemakaian purdah itu mulia?  Ramai yang menyatakan 
' alah orang yang pakai purdah ni untuk orang yang cantik sgt2 je, kita yang tak cantik ni tak payah la '


DULU ana berfikiran sedemikian, memandangkan ana bukanlah seorang gadis yang punya raut wajah yang boleh mencairkan hati muslimin yang memandang, tetapi bagi ana cantik itu sendiri amatlah subjektif dan cantik bagi ana bukanlah semata-mata pada raut wajah seseorang itu. Ana membuka pemikiran ana seluas luasnya tentang isu cantik. Ana percaya, Allah swt sudah menciptakan ana secantik cantik manusia.


Ramai lelaki diluar sana begitu mempertahankan sunnah poligami mereka, tetapi mengapa kami yang mahu mempertahankan sunnah purdah dijadikan persoalan dan di pinggirkan ? Ana amat keliru dengan masyarakat kita pada hari ini. Cukuplah, sudahlah ,berhentilah! Terlampau banyak menyoal tentang perkara yang sunnah dilakukan. Purdah bukan sahaja mampu menutup aurat malah mampu MENJAGA aurat seorang muslimat itu. Menutup aurat memng mudah namun untuk menjaganya amatlah sukar. 


Ibubapa dan orang sekeliling ? Sukar untuk diperkatakan. Ada yang kata jika ibubapa tidak membenarkan maka tidak boleh tetapi ada juga menyatakan bahawa ibubapa tidak boleh melarang anak melakukan perkara yang baik yakni mengenakan purdah kerana melarang anak berbuat perkara baik adalah salah. Ana sendiri tidak mengerti. Namun mengenai orang sekeliling, purdah dapat mengehadkan mata mata para ajnabi daripada memandang kita muslimat sekali gus mengurangkan dosa para muslimin. Allahhuakbhar sungguh manis kan berpurdah ? 


Sukar untuk berdakwah? Orang takut nak dengar dakwah kita? Ana sukar menerima kata-kata itu. Adakah proses dakwah tidak sampai jika berpurdah ? Jika kita berdakwah dengan muslimat boleh la kita menanggalkannya. Ana tidak merasakan langsung dakwah boleh terhalang.


InsyaAllah ana akan melakukannya jua. Kerana ana mahu memelihara malu ana dan mahu terus menerus ke arah yang lebih baik tanpa henti. Sama-sama berdoa dan berubah ! 


Wallhua'lam.. 
by alhazirah

0 comments:

Post a Comment