ASSALAMUALAIKUM!
Alhamdulillah, harini free jugak saya nak menulis. Kuiz untuk minggu ni semua dah selesai dengan jayanya. Syukur sangat2. So, sekarang tinggal seminggu je lagi nak stay kat Unikl ni lepas tu dah boleh balik raya. Seronok tau balik rumah, jumpa family, peluk cium mereka. Tu lah nikmat berkeluargan
Mungkin ada sahabat2 saya atau kita kat luar sana macam kurang seronok bila dengan family masing2. Kenapa jadi macam tu ? Mungkin alasan yang dicipta adalah sepeti berikut :
'ala aku balik rumah pon bukan dorang suka tengok muka aku'
'asal balik je kene marah, itulah inilah. Ade je la salah aku'
'ahh malas la nak tolong buat keje rumah..'
'aku balik ni kompem dah listdown ape keje aku nak kene buat'
and etc..
Mungkin dulu, aku mengeluh macam diatas tapi itulah hakikatnya. Apa yang susah sangat nak tolong2 kat rumah tu? Apa salahnya kalau kita ditegur sebab buat salah? TAK SALAH PUN!
Mentaliti muda mudi sekarang yang berdarah muda ni memang macam tu. Langsung reject pada family sendiri. Lebih rela cari BF,GF atau kawan2 tempat melepaskan perasaan.
Mesti ada yang cakap, "ala fatin ni tau cakap je, macam dia tak pernah buat huh !"
YA!!
Saya sendiri pernah berfikir begitu, tapi bila saya selalu bersama mama abah dan adik2 saya, saya rasa merekalah the best. Dulu saya pernah buat perangai ( pengaruh cinta monyet ), habis malu mama saya, abah saya dan adik2 saya dengan sikap saya. Tapi, walaupun saya buat macam tu, sampai harini tak pernah sekali family saya ketepikan, pinggirkan saya, malah banyak nasihat, ajar ini dan itu untuk menjadi anak yang solehah. Dan, percaya atau tidak, mereka berjaya menjadikan aku 100% lain daripada diri saya yang dulu.
Terima kasih sangat2 dekat abah mama dan adik2. Tanpa mereka siapalah aku.
JADI! Kenapa kita nak cakap kasar2 dengan mereka, jerit2 tengking2 cakap lebih kurang je dengan mereka? Mereka adalah yang terbaik untuk kita. Mereka adalah segalanya untuk kita di dunia ni mahupun di akhirat. Seburuk mana sekalipun mereka, mereka tetap,sentiasa dan selamanya keluarga kita!
Sebelum mereka meninggalkan kita dulu, hargai mereka sepenuhnya kerana hanya mereka memahami diri kita. Tiada orang luar, hanya KELUARGA KITA. ( menangis )
*terima kasih abah mama sebab ajaq akak jadi yang terbaik, adik2 akak sayang hangpa. Akak sayang semua.
0 comments:
Post a Comment